Sinaran bulan yang mekar menusuk kalbuku,
Hujan yang turun menyegar membasihi tubuhku,
Sehinggakan menampak raut tubuhku yg kaku,
Menyuntik rasa di hatiku
Kau bagaikan api yang membara,
Membakar diriku yang tidak bermaya,
Tak sanggup ku lepaskanmu,
Walaupun terasa pedihnya,
Menahan seksa itu,
Bak nyawaku semacam di hujung tanduk.
Minit demi minit,
Tersingkap kembali kenangan lalu,
Pabila kau meninggalkan ku,
Tersentak hatiku yang suci ini,
Kenangan manis bertukar pahit,
Namun Hanya namamu terukir di hatiku,
Oh Kekasihku,
Namamu segar di ingatanku,
Walaupun hatiku lebur bak api yang membara,
Kerana seksaan darimu,
Yang tinggalkan ku sendirian,
Oh Sayangku,
Walaupun kau meninggalkanku,
Namun cintaku hanya untukmu,
Buat Selama-lamanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment